Rakyat Indonesia cedera di Beirut

JAKARTA, 5 OGOS – Seorang warga Indonesia cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan Kementerian Luar Indonesia hari ini.

Menurut kementerian itu, kedutaan Indonesia di Beirut sudah berjaya menghubungi mangsa, yang kini dalam keadaan stabil di hospital Rafi Hariri.

Peristiwa menggemparkan itu berlaku kelmarin di Pelabuhan Lubnan kira-kira 6:10 petang waktu tempatan.

Duta Indonesia ke Lubnan Hajriyanto Y Tohari dalam satu kenyataan berkata selepas pemeriksaan terakhir dibuat, semua rakyat Indonesia di negara itu dilaporkan selamat. Beliau berkata terdapat 1,447 rakyat Indonesia di Lubnan termasuk 1,234 anggota tentera di misi PBB, 213 kakitangan kedutaan dan juga pelajar. – Bernama