Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Iran diseru tinggal dalam rumah

    TEHRAN, 15 MAC – Iran pada hari ini menyeru rakyatnya supaya berpegang pada garis panduan dan tinggal dalam rumah untuk menghalang penularan koronavirus baharu, tatkala ia mengumumkan 113 kematian lagi akibat wabak tersebut.

    Jumlah kematian terbaharu yang diumumkan oleh kementerian kesihatan membawa kepada 724 jumlah orang yang telah terbunuh oleh penyakit itu sejak bulan lalu.

    Orang ‘patut membatalkan semua perjalanan dan tinggal dalam rumah supaya kami boleh melihat situasi bertambah baik pada hari-hari akan datang,” kata jurucakap kementerian Kianoush Jahanpour dalam satu sidang akhbar.

    Jahanpour juga melaporkan 1,209 kes jangkitan COVID-19 baharu, menambah jumlah kepada 13,938.

    “Berita baik adalah lebih daripada 4,590 kes telah disahkan telah sembuh’ dan pesakit telah pun dibenarkan keluar dari hospital,” tambah beliau.

    Wilayah Tehran mempunyai jumlah tertinggi jangkitan baharu dengan 251 kes baharu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda