JEDDAH, Arab Saudi, 28 Ogos – Dua juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di kota suci Mekah, Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, untuk menunaikan kewajipan agama dan bagi sebilangan jemaah haji perjalanan sekali seumur hidup.
Tahun ini menyaksikan kembalinya jemaah haji dari Syiah Iran, saingan serantau bagi tuan rumah, Arab Saudi, dan ketika Teluk dilanda krisis politik dan kumpulan pejuang jihad IS cuba menyelinap masuk ke Iraq dan Syria.
“Saya amat teruja kerana ramai orang mengimpikan datang ke sini,” kata Eni, 47 tahun dari Indonesia.
“Kami merasakan iman semakin kuat apabila kami meninggalkan tempat ini,” ujarnya.
Indonesia adalah negara di dunia yang paling ramai penduduk Islam, dan rakyat Indonesia adalah bilangan terbesar dalam jemaah haji.
Rakan-rakan senegara Erin memenuhi lapangan terbang Jeddah, 50 meter barat Mekah, ketika berpuluh-puluh ribu jemaah haji melepasi laluan masuk ke Mekah setiap hari.
Namun Erni hampir tidak menyedari akan keriuhan sekelilingnya ketika dia membaca Al-Quran di tengah cuaca panas, dengan peluh membasahi wajahnya.
“Selepas saya menunaikan haji kali pertama sebelum ini, saya ingin pulang ke sini untuk merasakan diri saya dekat denganNya,” dia berkata tentang Nabi Muhammad, sebelum dia mengalihkan semula perhatiannya pada kitab suci Al-Quran.
Haji adalah salah satu dari lima rukun Islam, yang mana setiap penganut Islam diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup jika penganut itu mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
“Tahun ini kami menjangkakan kira-kira dua juta jemaah haji,” Abdelmajeed Mohammad Al-Afghani, pengarah hal ehwal haji dan umrah memberitahu AFP.
Rakyat Iran kembali setelah tidak hadir bagi musim haji tahun 2016 ekoran kejadian rempuhan di Mekah tahun lalu yang mengorbankan hampir 2,300 orang jemaah.
Itu adalah bencana paling teruk dalam sejarah haji, dengan 464 orang dari republik Islam itu adalah antara yang terkorban.
Ekoran bencana itu, Tehran menyelar pertubuhan musim haji Arab Saudi. – AFP