Rakyat Itali mengundi

ROM, 21 SEPT – Ketakutan terhadap COVID-19 tidak menghalang rakyat Itali mengundi dalam pungutan suara untuk meminda Perlembagaan bagi mengurangkan jumlah anggota parlimen, serta pilihan raya di tujuh wilayah dan di ratusan bandar serta kota.

Rakyat yang mengundi di seluruh negara adalah 39.38 peratus semalam, hari pertama pengundian,  lapor Italian National Associated Press Agency (ANSA) memetik Kementerian Dalam Negeri. Pusat pengundian dibuka semula 7 pagi hari ini dan ditutup 3 petang.

Rakyat memilih sama ada meluluskan undang-undang perlembagaan untuk meminda Perlembagaan Itali bagi mengurangkan jumlah anggota parlimen, dari 630 kepada 400 di Dewan Perwakilan dan dari 315 kepada 200 di Dewan Senat. – Bernama