Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Rakyat Jerman digesa kurangkan penggunaan gas, elak krisis

    BERLIN, 7 OKT – Jerman menggunakan terlalu banyak gas untuk mengelakkan ‘krisis’ tenaga yang bakal berlaku musim sejuk ini, ketua pengawal selia rangkaian kebangsaan Jerman memberi amaran kelmarin.

    “Penggunaan gas meningkat terlalu banyak minggu lepas,” kata Klaus Mueller, ketua agensi rangkaian Jerman.

    Dengan pengurangan dalam aliran gas asli dari Rusia di tengah-tengah peperangan di Ukraine, pegawai Jerman telah menggesa rakyat untuk mengurangkan penggunaan gas dan menjimatkan tenaga menjelang bulan-bulan yang lebih sejuk.

    Angka daripada pengawal selia rangkaian nasional menunjukkan terdapat peningkatan dalam penggunaannya dan bukannya pengurangan dalam penggunaan gas tersebut.

    Penggunaan gas minggu lalu dalam kalangan penghuni rumah dan perniagaan kecil adalah 10 peratus lebih tinggi daripada penggunaan purata dari 2018 hingga 2021.

    “Kami tidak akan dapat mengelak krisis gas pada musim sejuk tanpa penjimatan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam sektor swasta, komersial dan perindustrian,” kata Mueller.

    “Keadaan ini boleh menjadi sangat serius jika kita tidak mengurangkan penggunaan gas kita dengan segera.” – AP

    Gambar fail menunjukkan pekerja memunggah barangan dari sebuah kapal solar Deutsche Post DHL di ‘Westhafen’ Berlin, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...