Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Rakyat Kemboja digesa kurangkan perhimpunan

    PHNOM PENH, 11 FEB – Kemboja hari ini menyeru orang ramai mengurangkan perhimpunan berskala besar pada Hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari dalam usaha mengekang penularan COVID-19, ketika jangkitan varian Omicron terus melonjak.

    Menteri Kesihatan Mam Bunheng dalam satu kenyataan media mengatakan, setiap tahun, sebilangan orang terutamanya belia, berhimpun bagi tujuan hiburan atau makan bersama pada Hari Valentine, meskipun ia bukanlah satu tradisi Kemboja.

    “Aktiviti ini boleh membawa risiko tinggi jangkitan besar-besaran COVID-19, khususnya varian Omicron dalam komuniti,” katanya.

    “Kementerian Kesihatan mengingatkan orang awam khususnya orang muda lelaki dan wanita untuk terus berwaspada mengenai kemungkinan penularan virus COVID-19 dalam komuniti dan perlu melaksanakan langkah-langkah kesihatan,” kata menteri. Bunheng mengatakan bahawa vaksinasi, dengan garis panduan mengenai tiga perkara yang ‘boleh dan tidak boleh dibuat’, adalah penting bagi mencegah penularan COVID-19, terutamanya varian Omicron.

    ‘Tiga perkara’ boleh termasuklah memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan mengekalkan jarak fizikal 1.5 meter, kata Bunheng, menambah ‘tiga yang tidak boleh’ ialah mengelak ruang sempit atau tertutup, elakkan kawasan padat dan mengelak kontak fizikal antara satu sama lain. Dia juga menggesa pihak berkuasa tempatan membantu mempromosikan langkah-langkah kesihatan ini kepada penduduk di seluruh negara itu.

    Negara Asia Tenggara itu mencatatkan rekod harian 274 kes varian Omicron hari ini dan sifar kematian, menurut Kementerian Kesihatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...