NAIROBI, 8 Ogos – Rakyat Kenya hari ini mula mengundi dalam pilihan raya umum yang dibayangi dengan persaingan sengit antara Uhuru Kenyatta dan saingannya, Raila Odinga yang menyaksikan ketegangan menyelubungi ekonomi terkaya Afrika timur itu.
Daripada pengundi kali pertama sehinggalah yang veteran, beribu-ribu tiba di pusat pengundian, sebahagian sebelum tengah tadi, untuk membuang undi di bawah kawalan keselamatan ketat.
Pengundian bermula agak lancar, dengan sedikit penangguhan dan kesilapan teknikal, manakala semua tumpuan terarah kepada identifikasi pengundi biometri dan sistem pengiraan yang kejayaannya dilihat sebagai penting bagi satu pilihan raya lancar.
“Saya mengundi Raila, kerana dia akan lebih baik kepada kami. Namun jika dia tidak menang, ok saja. Ia adalah satu demokrasi, betul memang tak perlu untuk keganasan,” kata Tom Mboya, 43 yang bekerja dalam bidang pembinaan dan mengundi di bahagian setinggan paling besar di ibu negara, Kibera.
Ketegangan semakin memuncak dalam hari-hari terakhir kempen dengan pembunuhan seorang pegawai pilihan raya tertinggi yang mengendalikan sistem pengundian elektronik dan pembangkang mendakwa ia satu komplot untuk menipu dalam pilihan raya, meningkatkan atmosfera berseteru dan konspirasi serta kesangsian.

Pilihan raya berlangsung selepas sedekad satu pilihan raya huru-hara –yang dipersetujui pemerhati asing dipenuhi dengan kejanggalan – mencetuskan keganasan yang mengakibatkan lebih daripada 1,100 maut dan 600,000 lagi merempat. Odinga, 72, yang merupakan penyokong pakatan NASA, mengambil peluang keempat dan terakhirnya bertanding bagi jawatan presiden.
Menurutnya, pilihan raya dalam 2007 dan 2013 dirampas daripadanya dan sehingga ke malam menjelang pilihan raya, menegaskan Parti Jubli Kenyatta merancang untuk menipu dalam pilihan raya presiden hari ini.
Pilihan raya dalam 2013 dicemari dengan kegagalan meluas sistem elektronik, memaksa pegawai-pegawai beralih kepada pengiraan manual undian. Walau bagaimanapun Odinga membawa kekalahannya ke mahkamah, berbanding di jalanan, di mana dia kalah. – AFP