Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Rakyat Kuwait mula mengundi

    BANDARAYA KUWAIT, 29 SEPT – Rakyat Kuwait pada Khamis mula mengundi bagi memilih perwakilan baharu dalam pilihan raya parlimen di negara Teluk itu.

    Pusat mengundi dibuka seawal 8 pagi waktu tempatan dan ditutup 8 malam, lapor Agensi Anadolu.

    Kira-kira 795,911 pengundi layak mengundi bagi memilih 50 ahli parlimen baharu daripada 305 calon yang bertanding, menurut suruhanjaya pilihan raya.

    Bulan lalu, Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah, yang menggalas tugas sebagai emir, bertindak membubarkan Perhimpunan Kebangsaan akibat pertikaian politik antara kerajaan dan badan perundangan.

    Perhimpunan Kebangsaan ialah lembaga perundangan bagi negara Teluk dan diberi mandat untuk meneliti tugas eksekutif serta merangka undang-undang, dan akan dikuat kuasa selepas mendapat kelulusan pemerintah. – Bernama

    Penduduk berbaris untuk membuang undi dalam pilihan raya di daerah Salwa, Kuwait, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...