Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Rakyat Lubnan mula mengundi

BEIRUT, 15 MEI – Pilihan raya umum di Lubnan bermula pada hari ini, menyaksikan lebih 3.91 juta rakyat layak mengundi buat pertama kali sejak protes pada 2019.

Pusat pengundian di 15 kawasan di seluruh negara dibuka seawal 7 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Sebanyak 718 calon bertanding merebut 128 kerusi parlimen, dan had umur dibenarkan mengundi bermula 21 tahun, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, tentera Lubnan mengumumkan langkah keselamatan yang ketat telah diambil di kebanyakan wilayah di negara itu, terutama di Beirut.

Kali terakhir pilihan raya diadakan adalah pada 6 Mei 2018, dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 49 peratus.

Pilihan raya Lubnan berlangsung ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk sejak akhir 2019, termasuk nilai mata wang susut serta kekurangan bahan api dan perubatan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -