Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rakyat Malaysia rai Hari Kebangsaan ke-65

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-65, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan upacara menaikkan bendera kebangsaan di perkarangan suruhanjaya berkenaan di sini.

    Hadir pada upacara itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah selain beberapa orang pegawai dan kakitangan suruhanjaya tinggi serta para jemputan khas terdiri daripada warga Malaysia yang berada di negara ini.

    Tuan Yang Terutama dalam ucapannya antara lain menekankan bahawa Brunei Darussalam adalah negara sahabat yang akrab dan dekat di hati Keluarga Malaysia.

    Hubungan diplomatik kedua-dua negara yang telah terjalin sejak 1984 adalah istimewa, berlandaskan rumpun Melayu, kesultanan Melayu dan bertunjangkan agama Islam serta pertalian keluarga.

    Hubungan ini, ujar beliau, diperkukuhkan lagi dengan kekerapan lawatan di peringkat tinggi kedua-dua negara.

    TYT Dato’ Raja Reza ketika bersama-sama mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

    Dari sudut ekonomi, beliau mengongsikan bahawa pada 2021, Malaysia dan Brunei mencatatkan perdagangan berjumlah RM8.03 bilion, iaitu peningkatan ketara sebanyak 70.4 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.

    Tuan Yang Terutama juga mengongsikan bahawa jumlah perdagangan Malaysia dengan Brunei bagi separuh tahun ini sahaja telah mencatatkan RM5 bilion.

    “Melihat kepada momentum positif ini, tidak mustahil sekiranya nilai dagang kedua-dua negara mencapai RM10 bilion pada akhir tahun ini. Sekiranya diizinkan, kita akan menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah, catatan rekod dua digit perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brunei,” ujarnya.

    Menurut beliau lagi, sepanjang tahun ini, banyak perkembangan positif telah dilihat dalam hubungan kerjasama dua hala kedua-dua negara.

    Antara yang signifikan adalah persetujuan Brunei untuk membuka sempadan darat pada 1 Ogos lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...