Rakyat M’sia antara tetamu majlis pelantikan Trump

WASHINGTON, 22 Jan – Seorang wanita rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu pada majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat di Capitol Hill, Washington DC pada Jumaat.

Marina Ahmad Mustafa yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Charlotte, North Carolina bersama suami, Dr. Brad Batchelor dan anak mereka Asha, terbang sejauh 620 kilometer untuk memenuhi undangan itu.

“Kami terbang ke Washington DC pada Rabu dan kami berasa sangat bertuah mendapat undangan yang julung kali kami diterima, dan sudah tentu tidak elok jika kami menolaknya,” kata wanita itu ketika dihubungi Bernama. – Bernama