Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rakyat M’sia cuba seludup 50kg mangga Kemboja

    PUTRAJAYA, 20 MAC – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menggagalkan cubaan sekumpulan rakyat Malaysia untuk membawa masuk mangga seberat 50 kilogram (kg) dari Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Khamis lepas.

    Pengarahnya, Mohd Sobri Md Hashim dalam kenyataan hari ini berkata produk mangga berkenaan dirampas kerana tidak mempunyai permit import serta sijil fitosinasi yang sah.

    Beliau berkata konsainan mangga yang dibawa sekumpulan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Kemboja itu dikesan menerusi mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...