Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat M’sia di Indonesia diminta hubungi kedutaan

    JAKARTA, 18 MAC – Rakyat Malaysia yang berada atau sedang bercuti di Indonesia yang mahu pulang ke tanah air dan memerlukan bantuan konsul diminta segera menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di sini.

    Menurut kenyataan kedutaan, tiada arahan atau sekatan penerbangan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia atau Pemerintah Indonesia setakat ini.

    “Bagaimanapun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 oleh Kerajaan
    Malaysia untuk menyekat penularan wabak COVID-19 di Malaysia, terdapat beberapa syarikat penerbangan telah mengurangkan frekuensi penerbangan
    mereka antara Malaysia dan  Indonesia.

    “Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia yang ingin pulang ke Malaysia pada tempoh tersebut, adalah dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menyusun semula jadual penerbangan masing-masing, sekiranya perlu,” kata kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda