JAKARTA, 22 MAC – Rakyat Malaysia yang bercuti atau berada di Indonesia sebelum berkuat kuasa perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac lepas, diminta menghubungi terus syarikat penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia untuk semakan jadual penerbangan yang masih beroperasi.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia bagi tempoh 18 hingga31 Mac 2020, syarikat penerbangan telah mengurangkan frekuensi penerbangan mereka antara Malaysia dan Indonesia. “Rakyat Malaysia yang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dan terjejas akibat pengurangan frekuensi itu boleh mengisi borang seperti di laman https://bit.ly/3bewZJT atau menghubungi Pemangku Pengurus Wilayah MAS di Indonesia,menurut kenyataan itu. – Bernama