Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rakyat Palestin rai ulang tahun ‘Land Day’

    RAMALLAH, 31 MAC – Rakyat Palestin kelmarin meraikan ulang tahun ke-47 ‘Land Day’ di tengah-tengah gesaan supaya Israel menamatkan pendudukannya di wilayah Palestin sejak 1967, lapor Xinhua.

    Mereka juga menggesa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di wilayah yang dirampas oleh Israel pada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

    Beratus-ratus penunjuk perasaan Palestin berkumpul berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza timur dan Israel sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk menuntut penamatan pendudukan Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka serta melaungkan slogan anti-Israel.

    Demonstrasi dan perhimpunan juga diadakan di bahagian lain di Semenanjung Gaza.

    Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin masih berpegang kepada hak mereka yang sah.

    Di Tebing Barat, demonstrasi turut dijadual berlangsung di beberapa bandar dan kampung pada hari ini.

    Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye menyelar pencerobohan Israel ke atas ‘Suara Palestin’ sebagai agresif dan berkata pendudukan Israel adalah ‘berasaskan penempatan, penindasan dan pembunuhan.’ – Bernama

    Seorang lelaki mengibarkan bendera Palestin ketika dia berdiri di antara wartawan dan pengawal sempadan Israel semasa demonstrasi ‘Land Day’ di bandar Huwara, Tebing Barat kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...