Rakyat Portugal undi presiden Ahad ini

LISBON, 22 JAN – Pengundi Portugal akan membuang undi pada Ahad untuk memilih seorang presiden walaupun negara itu berdepan sekatan koronavirus.

Negara dengan 10 juta penduduk pada minggu ini telah memecah rekod harian dalam jumlah kematian virus, dengan 221 kematian dalam masa 24 jam diumumkan semalam oleh pihak berkuasa negara. Ledakan dalam jangkitan baharu sebahagian besar berpunca daripada penularan varian virus yang lebih mudah berjangkit yang pertama dikesan di Britain.

Memandangkan angka tinggi itu dan pelaksanaan sekatan kedua pada minggu lalu, pusingan terakhir kempen politik dijadual pada hari ini telah dibatalkan.

“Tidak timbulnya kemungkinan untuk menunda pengundian, dan calon serta pemerhati bimbang mengenai jumlah kehadiran pengundi yang rendah, menimbulkan keraguan mengenai ramalan pemilihan semula Rebelo de Sousa. Dalam usaha merangsang penyertaan di kalangan 9.8 juta pengundi berdaftar, termasuk 1.5 juta di luar negara, pihak berkuasa pilihan raya pada Ahad lalu menganjurkan hari pengundian awal. – AFP