Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rakyat rayu agar presiden disingkirkan

    LIMA, 5 JAN – Rakyat Peru sekali lagi turun ke jalanan setelah dua minggu, menyekat jalan-jalan di seluruh negara untuk menuntut perletakan jawatan Presiden Dina Boluarte, yang memegang jawatan pada bulan Disember selepas menggulingkan presiden sebelumnya.

    Penunjuk perasaan menggunakan batu dan tayar yang dibakar untuk menghalang jalan-jalan utama di wilayah selatan Puno, Cusco, Apurimac, dan Arequipa, serta tengah Junin, sambil melaungkan permintaan menuntut Boluarte letak jawatan.

    Di ibu negara, Lima, polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan berpuluh-puluh penunjuk perasaan ketika mereka cuba menghampiri Kongres.

    Boluarte mengambil alih jawatan presiden pada 7 Disember lalu sebagai presiden wanita pertama di negara itu setelah pendakwaan dan penangkapan Pedro Castillo atas percubaannya untuk membubarkan kongres dan ingin memerintah melalui dekri.

    Sepanjang 18 bulan memegang jawatan, Castillo yang merupakan bekas guru di luar bandar dan pemimpin kesatuan haluan kiri, menjadi sasaran pelbagai siasatan jenayah atas dakwaan rasuah. Beliau juga menerima tentangan hebat daripada kongres.

    Kerajaan yang dipimpin Boluarte mengisytiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara dan berusaha menangguhkan pilihan raya dalam usaha untuk meredakan kekecohan tersebut.

    Tunjuk perasaan tersebut mula reda pada musim cuti, akan tetapi, kembali semula pada hari Rabu yang lepas.

    Menurut laporan pegawai setempat, 30 daripada 195 buah wilayah negara tersebut terjejas akibat daripada insiden tersebut.

    Kerajaan baharu itu telah pun bersetuju untuk mengadakan pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada 2026 ke bulan April tahun depan, akan tetapi ramai yang ingin pilihan raya tersebut diadakan secepat yang mungkin. – AFP

    Keranda papan kayu dan papan tanda bertulis ‘28 pembunuhan oleh penindasan, letak jawatan pembunuh, Dina ’ dilihat di sebelah anggota polis semasa demonstrasi menentang kerajaan Presiden Peru Dina Boluarte di Lima. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...