Rakyat Rusia mula mengundi

MOSCOW, 25 JUN – Rakyat Rusia membuang undi awal hari ini dalam pengundian seluruh negara mengenai pembaharuan perlembagaan yang mungkin menyaksikan Presiden Vladimir Putin mengekalkan kuasanya sehingga tahun 2036.

Pegawai pilihan raya membuka stesen pengundian sebelum hari pengundian rasmi pada 1 Julai untuk mengurangkan risiko kesesakan yang mungkin menyebar jangkitan koronavirus.

Penutup mulut dan hidung serta gel disinfektan telah disediakan untuk 110 juta pengundi di seluruh 10 zon waktu, dan warga Rusia di Vladivostok di Timur Jauh membuang undi dengan memakai penutup mulut dan hidung sementara pegawai pilihan raya mengagih kertas undi dengan memakai sarung tangan.

Kremlin keberatan menangguhkan pengundian yang pada asalnya dijadual pada 22 April kerana kes jangkitan COVID-19 meningkat dan pegawai mengenakan sekatan untuk mengawal pandemik.

Putin, berkuasa sebagai presiden atau perdana menteri sejak 1999, memperkenalkan pembaharuan kepada perlembagaan 1993 pada Januari.

Mereka diterima secara tergesa-gesa oleh parlimen dan penggubal undang-undang dan keputusan referendum dilihat sebagai satu pencabulan.

Putin mendesak warga Rusia mengundi terhadap perubahan walaupun referendum tidak diperlukan secara sah, berkata satu plebisit akan memberikan kesahan kepada pindaan tersebut.

Pekempen pembangkang Alexei Navalny mengecam pengundian sebagai satu helah atau taktik populis bertujuan memberikan Putin hak untuk menjadi ‘presiden seumur hidup.’

“Ia merupakan satu pencabulan ke atas perlembagaan,” kata beliau. – AFP

Seorang wanita memakai penutup mulut dan hidung membuang undi dalam pengundian di seluruh negara mengenai pembaharuan perlembagaan di stesen undi di Moscow kelmarin. – AFP