Ralat

Berlaku kesilapan dalam berita bertajuk ‘Tempat riadah ditutup elak perkumpulan ramai’ di Muka 1, Media Permata edisi 20 April 2020.

Tajuk berita sepatutnya ‘Peringatan polis kepada orang ramai’. Manakala perenggan pertama, mengenai penutupan kawasan riadah daripada kunjungan orang ramai, pihak polis tidak menutup kawasan-kawasan tersebut dan ia masih boleh dikunjungi orang ramai.

Pihak polis dalam kenyataan itu turut memberi peringatan tegas bahawa sesiapa yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 jika sabit kesalahan dikenakan hukuman denda dan penjara.

Kesilapan adalah tidak disengajakan dan amat disesali.