Ralat

Berlaku kesilapan dalam berita bertajuk ‘Nazmi Textile Mall rai ulang tahun ke-20’ pada muka 4, Media Permata edisi 1 Oktober 2020. Dalam kenyataan daripada Nazmi Textile Mall di perenggan keempat itu, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran sepatutnya dibacakan oleh Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh dan bukan seperti yang disiarkan.