Ralat

Berlaku kesilapan dalam berita bertajuk ‘BSN temui genus dan spesies kerang baharu’ pada Muka 8, Media Permata edisi 8 September 2021. Dalam berita tersebut, ayat sepatutnya berbunyi ‘…Projek penyelidikan kerjasama itu diketuai oleh Dr Alexander Zieritz dari University of Nottingham, yang merupakan pakar yang sudah tidak asing lagi dalam kajian kerang air tawar.

Penyelidik lain yang turut menyertai kerjasama tersebut termasuk Dr Leonardo Jainih dan Dr Arman Hadi Fikri dari Universiti Malaysia Sabah; Dr John Pfeiffer dari Muzium Sejarah Negara; Dr Khairul Adha Rahim dari Universiti Malaysia Sarawak; Dr Hari Prayogo, Dr Muhammad Sofwan Anwari dan Dr Farah Diba dari Universitas Tanjungpura; Dr Hussein Taha dari Universiti Brunei Darussalam; Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dari Universiti Teknologi Brunei; Dr Elsa Froufe dari Pusat Penyelidikan Hidupan Marin dan Alam Sekitar CIMAR/CIIMAR-UP AEE, dan Dr Manuel Lopes-Lima dari Pusat Penyelidikan Biodiversiti dan Sumber Genetik CIBIO/InBIO, Universiti Porto.

Penyelidik mencatatkan penurunan populasi kerang air tawar yang ada di Borneo. Projek melibatkan sejumlah tinjauan lapangan yang dilakukan di pelbagai kawasan di Negara Brunei Darussalam, Kalimantan, Sabah dan Sarawak. Namun, tinjauan lapangan dilakukan di sungai kecil di Gomantong, Sabah dan berhampiran Kuala Mendalam, Sarawak yang membawa kepada penemuan dua spesies baharu tersebut.