Saturday, August 20, 2022
23.2 C
Brunei

Raline Shah masih belum berpunya

-

Sudah berusia 37 tahun namun pelakon terkenal Indonesia Raline Shah sehingga kini masih belum mempunyai teman lelaki.

Memetik laporan Liputan6, Raline memberitahu dia terlalu fokus mempelajari mengenai kehidupan sehingga tidak tahu cara mencari jodoh yang tepat.

Raline yang juga merupakan seorang usahawan berkata dia kerap bertemu dengan jodoh yang salah sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

“Sebenarnya yang membuatkan saya berasa tenang adalah belajar dan berkembang dari setiap segi kehidupan saya.

“Jadi, sampai sekarang saya masih single sebab masih belajar bagaimana nak bercinta yang sebenar. Macam mana nak cari jodoh yang tepat.

“Sebab sepanjang lima tahun, asyik ‘jodoh bukan yang ini’ saja,” katanya.

Dalam pada itu, Raline turut mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman antaranya seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Yang sebenarnya saya mahu seseorang bertanggungjawab, suami yang baik, penyayang dengan anak-anak dan isteri,” katanya. – Agensi

Raline mahu bakal suami mempunyai sifat penyayang. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -