Rama-rama Eksotik California kian pupus

SAN FRANCISCO – Populasi ratu rama-rama barat yang menetap di sepanjang pesisir pantai California semakin berkurangan untuk tahun kedua berturut-turut ini, satu kiraan yang telah dibuat oleh kumpulan alam sekitar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam tinjauan oleh Persatuan Xerces, sebuah organisasi alam sekitar yang memfokuskan kepada pemuliharaan invertebrata mengenai serangga oren dan hitam mencatatkan kira-kira 29,000 rama-rama setiap tahun. Itu tidak jauh berbeza daripada kiraan pada tahun lepas, apabila jumlahnya hanya 27,000 ratu rama-rama, kiraan yang paling rendah setakat ini.

“Kami berharap penduduk ratu rama-rama ini dapat meningkat sekurang-kurangnya dengan sederhana, tetapi malangnya ia tidak,” kata Emma Pelton, pakar pemuliharaan ratu rama-rama dengan Kumpulan Xerces.

Sebagai perbandingan, terdapat kira-kira 4.5 juta ratu rama-rama pada musim sejuk di hutan sepanjang pantai California pada tahun 1980an.

Para saintis mengatakan bahawa rama-rama itu berada di kawasan rendah di Barat Amerika Syarikat akibat pemusnahan habitat mereka di sepanjang laluan migrasi mereka, tempat pembiakan dan perkembangan di wilayah mereka, selain penggunaan racun perosak dan peningkatan herbisida.

Ratu rama-rama di sekitar California yang menetap di sepanjang pantai California semakin berkurangan untuk tahun kedua berturut-turut. – AP

Penyelidik juga telah menyatakan kesan perubahan iklim akibat pertanian, di mana perubahan iklim adalah salah satu punca utama kepupusan rama-rama itu semakin terancam, mengganggu migrasi mereka sekitar sejauh 3,000 batu (4828 kilometer) yang diselaraskan pada musim bunga.

Ratu rama-rama barat menuju ke selatan California setiap musim sejuk, kembali ke laman yang sama dan juga pokok yang sama di mana mereka berkelompok mengekalkan suhu panas. Rama-rama ini secara umum tiba di California pada awal bulan November dan berpindah ke seluruh negara apabila cuaca yang lebih panas tiba pada bulan Mac.

Di sebelah timur Pergunungan Rocky, satu lagi populasi ratu rama-rama bergerak dari selatan Kanada dan timur laut Amerika Syarikat, terbang beribu-ribu batu untuk menghabiskan musim sejuk di Bandar Mexico. Pegawai dari Mexico berkata tahun lepas populasi rama-rama berkemungkinan mengalami pemulihan tetapi mereka belum lagi mengeluarkan kiraan tahun ini.

Kajian 2017 oleh penyelidik Universiti Washington State mendapati spesies itu mungkin akan pupus dalam beberapa dekad akan datang jika tiada apa yang dilakukan untuk menyelamatkannya.

Rama-rama ini kini berada di bawah pertimbangan kerajaan untuk disenaraikan di bawah Akta Spesies Terancam AS. Keputusan sama ada rama-rama akan disenaraikan sebagai terancam dijangka pada bulan Disember.

Walaupun membantu menyelamatkan rama-rama barat kelihatannya sukar, Pelton berkata hakikatnya bahawa populasinya tidak menyusut adalah menggalakkan.

Pelton berkata orang boleh membantu dengan menanam bunga mekar dan membuat susu menjadi bahan migrasi rama-rama.

Persatuan Xerces sedang bekerjasama dengan negeri California untuk melindungi tapak musim sejuk rama-rama dan mengembangkan tapak baharu di taman negara.

“Masih terdapat ribuan ratu (musim sejuk) di sepanjang pantai, jadi kita boleh mengambil tindakan awal bahawa tidak terlambat untuk bertindak,” kata Pelton. – AP