Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ramadan satukan berbilang agama

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Kedutaan AS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam, kelmarin, telah menghoskan Majlis Resepsi Bersungkai di kediaman Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke negara ini, Puan Yang Terutama Caryn McClelland.

    Antara yang hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohamed Yusof dan Pengiran Datin Salwana binti Pengiran Haji Ibrahim bersama tetamu khas yang lain.

    PYT Caryn McClelland dalam ucapannya antara lain mengongsikan, di AS dan seluruh dunia, Ramadan membolehkan orang Islam dan bukan Islam untuk sama-sama menyertai perayaan agama dan komuniti, termasuk perkongsian bersama dalam menyampaikan penyelesaian bagi cabaran global yang dikongsi bersama.

    “Salah satu cabaran itu mungkin yang terbesar adalah memupuk keamanan antara orang ramai dan negara yang tidak mempunyai kepercayaan yang sama,” ujar beliau.

    Beliau seterusnya menambah, Ramadan memberi peluang untuk menghargai ketenangan, keselamatan yang dinikmati di negara ini dan ia juga membolehkan kita menghormati nilai-nilai Islam yang ditonjolkan pada bulan ini.

    “Ini seperti pengorbanan, belas kasihan kepada orang lain, dan memberi tumpuan kepada kemanusiaan tanpa mengira agama,” jelasnya lagi.

    Pada majlis itu, Dr Hilmy Baihaqy, alumni Fulbright Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan pemenang Anugerah Belia Cemerlang 2022 di Brunei telah memimpin bacaan Doa Berbuka Puasa.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan dan Pengiran Datin Salwana serta tetamu yang lain bergambar bersama PYT Caryn McClelland.
    Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...