Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ramah Mesra Aidilfitri bersama Unit Binaan RTB

    Oleh Isa Ab’rahman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Kakitangan Unit Binaan RTB baru-baru ini telah mengadakan Majlis Ramah Mesra AidilFitri sebagai projek tahunan mereka yang bertujuan untuk mempererat tali silaturahim dan semangat ukhwah dalam kalangan kakitangan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

    Majlis yang diadakan pada tahun ini memiliki daya tarik tersendiri dengan tema pemakaian pakaian tradisional Melayu, iaitu dastar, bagi para lelaki. Tema tersebut dibuat bagi menghidupkan suasana budaya yang merupakan simbol kebanggaan alam Melayu, sekali gus meningkatkan minat masyarakat terhadap pemakaian dan pembuatan dastar.

    Penyertaan dalam pemakaian dastar pada majlis itu mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan penghargaan Dastar Tercantik diberikan kepada Awang Effendi bin Haji Abdullah sebagai pemenangnya. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Pengiran Haji Muhammad Tali @ Matali bin Pengiran Haji Mat Serudin.

    Majlis tersebut juga menyajikan pelbagai acara menarik, termasuk nyanyian, cabutan bertuah, dan jamuan. Acara itu berhasil menciptakan suasana kekeluargaan yang harmoni dalam kalangan tetamu yang hadir.

    Pengiran Haji Muhammad Tali @ Matali bergambar ramai bersama kakitangan Unit Binaan RTB yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar serahan Awang Isa Ab’rahman

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...