Rambut Camila Cabello kelihatan teruk selepas ibunya memotong sendiri

Banyak bintang terkenal telah mencuba memotong rambut di rumah semasa perintah berkurung akibat koronavirus.

Namun, bagi Camila Cabello, hasilnya tidak seperti yang dia harapkan setelah ibunya sendiri yang memotong rambutnya.

Dilema terbesar setiap orang selain daripada mencari tisu tandas semasa perintah berkurung akibat koronavirus adalah berapa lama wabak ini akan berlarutan dan sampai bila tidak memotong rambut kerana tidak boleh berjumpa tukang gunting rambut.

Camila Cabello, 23, mendapati dirinya berada dalam situasi seperti itu, kerana rambutnya semakin panjang sehingga menutupi mata coklatnya yang cantik.

Semakin sukar baginya untuk melihat, jadi dia meminta pertolongan ibunya, Sinuhe Estrabao Cabello, 52, untuk memotong rambutnya, kerana penyanyi itu tidak mempercayai dirinya untuk memotong sendiri. Malangnya perkara tidak berjalan seperti yang dia diharapkan.

Camila berkongsi pengalaman itu di Instagramnya. Dia dilihat berada di bilik mandi dengan rambutnya basah, sambil memakai tuala mandi putih. “Baiklah, jadi inilah yang saya harapkan. Rambut depan terlalu panjang. Tidak boleh keluar. Saya harus mempercayai ibu saya,” katanya sambil melihatkan ibunya dengan mengarahkan kamera ke atas menunjukkan ibunya sedang menyisir rambut Camila yang basah.

“Itu dia dengan rambut depan saya kerana saya tidak boleh mempercayai saya melakukan sendiri. Ia akan kelihatan seperti gunung. Kerana itulah yang biasa saya lakukan semasa saya tahun tujuh, saya akan memotong poni saya sendiri dan ia kelihatan seperti gunung. Oleh itu, saya memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukannya. Mari lihat bagaimana keadaannya. Sekarang saya kelihatan seperti Snape tetapi…” merujuk kepada watak Alan Rickman Severus Snape dari siri filem HarryPotter.

Dalam video seterusnya, Camila, rambut depannya kelihatan tidak rata, dengan sebelah kiri lebih pendek dari kanan. – Agensi