Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rambut panjang Ramlah disimpan dalam kotak?

    Penyanyi berpengalaman, Ramlah Ram terkenang kisah lucu rambut panjang paras pinggang yang disimpan dalam kotak hilang dilarikan tikus.

    Kongsi Ramlah, meskipun kejadian itu berlaku lebih empat dekad lalu iaitu pada zaman awal kemunculannya dalam bidang nyanyian, namun ia masih segar dalam ingatan kerana itu antara kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.

    “Saya simpan rambut panjang paras pinggang sejak zaman sekolah lagi. Bagaimanapun, saya mengambil keputusan memotong rambut paras bahu selepas aktif dalam bidang nyanyian.

    “Keputusan memotong rambut kerana mahu memudahkan saya cepat bersiap. Selalunya, sayalah artis paling lambat bersiap apabila ada acara persembahan.

    “Saya tak mahu menyusahkan banyak pihak, saya nekad untuk potong rambut. Disebabkan sayang, sisa rambut saya simpan dalam kotak di kampung untuk dijadikan kenangan.

    “Bila saya cari balik, kakak beritahu kotak rambut hilang dilarikan tikus,” katanya kepada BH Online sambil ketawa. Selepas muncul dengan album kedua berjudul Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pada 1988, penyanyi bersuara lantang ini sekali lagi memotong rambut sehingga paras telinga.

    “Kali ini keputusan dibuat oleh syarikat rakaman yang mahu menerbitkan imej segar kepada saya. Sebagai penyanyi, saya ikut apa yang terbaik,” ujar pemenang Bintang RTM 1985 ini. – Agensi

    Ramlah terkenang kisah lucu rambut panjang paras pinggang disimpan dalam kotak dilarikan tikus. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...