Ramos dijangka kembali pada September

PARIS, 13 OGOS – Bekas ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos dijangka akan membuat penampilan sulung bersama kelab baharunya, Paris Saint-Germain (PSG) pada September apabila dia pulih sepenuhnya dari kecederaan, menurut kenyataan gergasi Ligue 1 hari ini.

Pemain pertahanan Sepanyol itu hanya besar kemungkinan beraksi di atas padang ‘selepas tempoh rehat perlawanan antarabangsa’, berkemungkinan semasa perlawanan di laman sendiri menentang Clermont pada 11 September.

Ramos, 35, menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama PSG pada awal bulan ini setelah karier yang penuh gemilang bersama Real Madrid di mana dia memenangi trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali.

Dia turut pernah menjulang trofi Piala Dunia dan menjadi juara Eropah sebanyak dua kali bersama pasukan kebangsaan, Sepanyol.

Walau bagaimanapun, dia masih belum bermain untuk PSG disebabkan kecederaan yang dialaminya. – AFP