Ramos julang Madrid ke puncak liga

MADRID, 25 JUN – Sepakan percuma sensasi Sergio Ramos membantu Real Madrid kembali merampas kedudukan Barcelona di puncak La Liga ketika mereka berjaya mengalahkan Real Mallorca 2-0 pada perlawanan semalam.

Ramos menolak Gareth Bale untuk mengambil sepakan percuma tersebut dengan melakukan jaringan melengkung ke sudut gawang setelah Vinicius Junior, 19 tahun meletakkan Madrid berada di depan pada separuh masa pertama.

Kemenangan Madrid di Stadium Alfredo, Stefano bermakna mereka kembali berkongsi mata dengan Barcelona di kedudukan liga tetapi Madrid berada di atas dengan Barca mempunyai baki satu perlawanan di tangan mereka.

Bale tidak diturunkan sejak La Liga disambung semula pada 11 Jun lalu tetapi Zinedine Zidane membuat pertukaran dan memberikan Bale tempat sebagai pemain kesebelasan utama buat pertama kalinya sejak 16 Februari lalu.

Ramos, bagaimanapun, mencuri perhatian dengan sepakan percuma yang luar biasa tersebut, menjadikan jaringan kelapan terbaik dalam kariernya musim ini, setelah menjadi pemain pertahanan penjaring terbanyak La Liga.

Satu-satunya kebimbangan bagi Madrid ialah tehadap Eden Hazard yang dikeluarkan, menimbulkan keraguan sama ada pemain Belgium itu betul-betul belum cergas
atau mengalami kecederaan yang serius.

Perlawanan semalam juga mencipta sejarah ketika Luka Romero dari Mallorca menjadi pemain termuda bermain di La Liga, berusia 15 tahun dan 219 hari.

Mallorca, kekal di tangga ke-18, walaupun mereka pernah memenangi perlawanan menentang Madrid pada bulan Oktober lalu memberi tekanan serius kepada Zidane. – AFP

Reaksi Sergio Ramos ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan La Liga antara Real Madrid Real CF menentang RCD Mallorca di Stadium Alfredo, Stefano Madrid, semalam. – AFP