Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Ramos kembali ke Sevilla

    MADRID, 5 SEPT – Bekas pemain pertahanan veteran Sepanyol, Sergio Ramos kelmarin kembali ke kelab kelahirannya, Sevilla selepas 18 tahun.

    “Ia merupakan hari yang sangat istimewa, pulang ke tanah air sentiasa menjadi kegembiraan yang luar biasa,” kata Ramos kepada media.

    Bekas pemain Real Madrid dan Paris Saint-Germain berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun selepas lulus ujian perubatan tradisional, kelab itu mengumumkan.

    “Gembira kembali dan cuba memberi sumbangan secepat mungkin, itu perkara yang penting,” tambah Ramos.

    Sevilla menduduki tangga tercorot La Liga tanpa mata selepas tiga perlawanan tetapi sebagai juara Liga Europa telah layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Mereka memulakan kempen mereka pada 20 September.

    Reaksi Sergio Ramos selepas menjaringkan gol ketiga untuk PSG pada perlawanan akhir bola sepak Piala Super Perancis di Stadium Bloomfield di Tel Aviv, Israel pada 31 Julai 2022. – AP

    Ramos meninggalkan Sevilla pada usia 19 tahun untuk menyertai Real Madrid dengan bayaran rekod untuk pemain pertahanan Sepanyol.

    Pada 2021, Ramos menandatangani kontrak dengan PSG tetapi menjadi ejen bebas sejak kontraknya bersama juara Perancis itu tamat pada Jun.

    Menurut akhbar tempatan, Ramos menolak tawaran lumayan daripada Al Ittihad di Arab Saudi.

    “Saya tidak sabar untuk pulang. Tidak masuk akal untuk pergi ke tempat lain tanpa melalui sini,” kata Ramos yang dilahirkan di pinggir Seville.

    Sepanjang 16 musim bermain untuk Real Madrid di Bernabeu, Ramos memenangi La Liga lima kali dan Liga Juara-Juara empat kali.

    Dia bermain 180 perlawanan untuk Sepanyol, menjaringkan 23 gol, dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Kejohanan Eropah dua kali (2008 dan 2012) dan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...