Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramos wira Galacticos

    MADRID, 22 Jan – Sergio Ramos menjaringkan dua gol untuk membawa Real Madrid kepada kemenangan ketika peminat-peminat tuan rumah menyasarkan ejekan terhadap Cristiano Ronaldo dalam kemenangan 2-1 ke atas Malaga di Santiago Bernabeu semalam.

    40 perlawanan tanpa kalah jaguh Eropah itu berakhir dengan kekalahan kepada Sevilla dan Celta Vigo minggu lalu, namun selepas permulaan mereka yang tegang kapten pasukan Ramos telah memastikan mereka membuka jurang empat mata di kedudukan teratas La Liga.

    Pemain antarabangsa Sepanyol itu membuka jaringan dengan tandukan hasil hantaran sudut Toni Kroos pada minit ke-35. Dan Ramos kemudian menambah jumlah gol La Liga dalam kariernya kepada 50 dengan menjaringkan lagi gol hasil hantaran Kroos meskipun berada dalam kedudukan ofsaid.

    Juanpi memberikan semangat semula kepada Malaga selepas sejam dan malah mereka mempunyai peluang untuk meraih satu mata namun penyelamatan Keylor Navas mengecewakan Chory Castron tidak lama selepas itu.

    Sergio Ramos (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya ketika menentang Malaga dalam aksi La Liga antara Real Madrid dan Malaga di Santiago Bernabeu. - AP
    Sergio Ramos (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya ketika menentang Malaga dalam aksi La Liga antara Real Madrid dan Malaga di Santiago Bernabeu. – AP

    Bagaimanapun, kemenangan itu menyaksikan Marcelo dan Luka Modric mengalami kecederaan empat hari sebelum cubaan Real untuk mengubah defisit jaringan selepas tewas suku akhir pertama Copa de Rey 2-1 di Celta Vigo.

    Sevilla yang di tempat kedua dan Barcelona di tempat ketiga, boleh merapatkan jurang apabila masing-masing bertandang ke Osasuna dan Eiber hari ini.

    Sementara Ramos menjadi penyelamat Real, Ronaldo berusaha melupakan kekecewaan dan malah diejek oleh para peminat Madrid pada awal permainan selepas permulaan yang lembap tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda