Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Rampasan hempedu beruang terbesar di Vietnam

-

HANOI, 3 JUN – Polis Vietnam untuk pertama kali telah menahan pemilik beruang selepas membuat rekod rampasan beratus-ratus botol hempedu di Hanoi, sebuah pertubuhan perlindungan hidupan liar berkata hari ini.

Negara itu adalah hab utama bagi perdagangan haram haiwan liar dan beruang-beruang dipelihara untuk mendapatkan hempedu daripada pundi binatang itu bagi kegunaan dalam perubatan tradisional.

Pihak berkuasa telah mengharamkan pengekstrakan hempedu di Vietnam pada 2005, tetapi ladang-ladang beruang dibenarkan menyimpan haiwan-haiwan yang telah mereka miliki.

Mereka yang disabit bersalah mengekstrak hempedu boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Polis Hanoi menahan seorang lelaki dari sub bandar daerah Phuc Tho, lokasi utama bagi ladang-ladang beruang, ketika dia membawa 350 botol cecair hempedu hujung minggu lalu.

Gambar yang diambil pada 15 Ogos 2018 menunjukkan bebuli mengandungi hempedu beruang untuk dijual dipamerkan di wilayah Thai Nguyen. – AFP

Ia dipercayai rampasan hempedu beruang terbesar di Vietnam, Education for Nature dari Hanoi berkata.

“Ini adalah kali pertama seorang pemilik beruang di Hanoi ditangkap dan disiasat bagi tanggungjawab jenayah ke atas pengangkutan dan perdagangan haram hempedu beruang,” timbalan ketua Education for Nature, Bui Thi Ha berkata dalam satu kenyataan.

Pertubuhan itu menyatakan, terdapat hampir 150 ekor beruang dalam kurungan disimpan di premis-premis di Hanoi yang merupakan separuh daripada jumlah di seluruh negara.

Lelaki yang ditahan itu memiliki tujuh ekor beruang dan ditangkap membawa botol-botol berkenaan dalam keretanya tetapi tidak jelas ke mana hempedu beruang itu hendak dibawa. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -