Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    ‘Rampasan lumayan’ di Bolkiah B

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKED

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Sebanyak 1,444 karton rokok, 177 botol dan 144 tin minuman keras pelbagai jenis telah dirampas dalam satu gerakan operasi di Kampung Bolkiah B pada 26 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), gerakan itu dilakukan oleh JKED melalui Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang yang juga membuat tangkapan di Pos Kawalan Sungai Tujoh.

    Tangkapan di pos kawalan tersebut melibatkan dua pekerja asing berumur 24 tahun dan 54 tahun, atas kesalahan cuba menyeludup masuk barang-barang tegahan kastam ke Negara Brunei Darussalam.

    Hasil pemeriksaan mendapati barang-barang tegahan iaitu 66 karton rokok pelbagai jenis dan 24 botol minuman keras telah disembunyikan dalam kenderaan.

    Kesemua barangan dan individu terbabit dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-undang untuk siasatan lanjut.

    Lebih 1,400 karton rokok, ratusan botol minuman keras telah dirampas di Kampung Bolkiah B.
    Antara rokok yang dirampas dalam satu gerakan operasi pada 26 Oktober lalu.

    Orang ramai khususnya pemilik-pemilik syarikat di negara ini terutama majikan diseru untuk memastikan pekerja masing-masing mematuhi peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini khususnya bagi kesalahan menyeludup dan memiliki barangan seperti rokok, produk tembakau dan minuman keras.

    Denda bagi kesalahan pertama tidak kurang daripada lapan kali ganda jumlah duti eksais atau denda $5,000, yang mana jumlah lebih besar dan denda tidak melebihi 15 kali ganda jumlah duti eksais atau denda $50,000, yang mana jumlah lebih besar.

    Denda bagi kesalahan kedua tidak kurang daripada 20 kali ganda jumlah duti eksais atau denda $10,000, yang mana jumlah lebih besar dan denda tidak melebihi 30 kali ganda jumlah duti eksais atau denda $100,000, yang mana jumlah lebih besar, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    JKED juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara yang dikuatkuasakan dan tidak melakukan kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan.

    Memiliki barang-barang tegahan kastam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

    Jabatan tersebut mengalu-alukan orang ramai untuk mengongsikan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan barang tegahan kastam atau aktiviti yang menyalahi perundangan kastam dengan menghubungi JKED di talian utama 8714422, 8721422 atau pejabat kastam berdekatan dengan identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...