Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ramsay dedikasikan kemenangan untuk anak

    SOUTHPORT, UNITED KINGDOM, 26 JULAI – Richie Ramsay kelmarin mengatakan bahawa kemenangan Cazoo Classic adalah untuk anak perempuannya, Olivia selepas dia melakukan putt lapan kaki pada lubang terakhir untuk menamatkan penantian tujuh tahun melakar kemenangan Jelajah Eropah.

    Penyudah cemerlang pemain golf Scotland itu di padang Hillside di Southport menyaksikan dia membuat pukulan tiga birdie daripada lima lubang terakhir ketika dia memenangi kejohanan pertamanya sejak Trophee Hassan II 2015.

    Kejayaan tersebut juga harus diberikan pujian kepada hasil pukulan dua putt pemain berusia 39 tahun itu daripada bahagian hadapan lubang yang terakhir yang melengkapkan pusingan 69 dan jumlah 14 di bawah par untuk memastikan kemenangan satu pukulan ke atas pemain kegemaran tempatan, Paul Waring.

    Ramsay belum mencatat sebarang kemenangan kejohanan sejak anak perempuannya dilahirkan, walaupun dia mendahului dengan satu pukulan di British Masters di The Belfry pada Mei lalu yang menyaksikan pukulan keduanya pada lubang terakhir masuk ke dalam air dan menamatkan saingan dengan enam double-bogey.

    “Saya memberitahunya saya akan memberikannya trofi,” katanya kepada Sky Sports.

    “Saya belum mencatatkan sebarang kemenangan sejak anak perempuan saya dilahirkan dalam tempoh enam tahun. Trofi ini untuk Olivia,” tambahnya.

    Ramsay turut dibantu oleh aksi longlai daripada pendahulu kejohanan sebelum ini, Julien Guerrier. – AFP

    Richie Ramsay muncul sebagai juara dalam kejohanan Cazoo Clasic di padang Hillside, Southport kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...