Ramsey wira Juve rampas takhta liga

MILAN, 10 MAC – Aaron Ramsey menjadi wira buat Juventus setelah berjaya menewaskan saingan ketat mereka Inter Milan 2-0 kelmarin untuk merebut kembali kedudukan teratas liga Serie A dalam perlawanan yang dilangsungkan di kawasan tertutup untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Sebelum itu Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora telah mengarahkan agar musim liga ditangguh sementara.

Kenyataan dari beliau menyebabkan kekacauan di perlawanan awal antara SPAL dan Parma, memberi kebingungan kepada para pemain terpaksa diarahkan kembali ke bilik persalinan dari terowong selepas 75 minit perlawanan sudah bermula.

Perlawanan antara Juventus menentang Inter di Turin diteruskan, meskipun di Stadium Allianz kosong, dengan juara bertahan mendahului satu mata dari Lazio di puncak liga.

Pasukan Antonio Conte, Inter yang berada di tempat ketiga kini berbeza sembilan mata dari tempat pertama, tetapi Juventus dan Lazio masih berbaki satu perlawanan.

Aksi Cristiano Ronaldo ketika beraksi di stadium yang kosong semasa perlawanan Serie A antara Juve dan Inter Milan, di Stadium Juventus di Turin pada 8 Mac. – AFP

Douglas Costa hampir-hampir menemui jaringan awal pada separuh masa pertama, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Inter, Samir Handanovic.

Tuan rumah memecah kebuntuan itu 10 minit selepas separuh masa kedua bermula, Ramsey berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat menerusi hantaran Cristiano Ronaldo.

Ia adalah gol keempat buat pemain Wales itu musim ini selepas menyertai Juve dari Arsenal tahun lalu. Pemain berusia 29 tahun itu mencipta gol kedua 12 minit kemudian, melalui hantaran Paulo Dybala, yang memecahkan pertahanan Inter.

Pemain gantian Inter, Christian Eriksen hampir-hampir menemui jaringan namun percubaannya tersasar.

Perlawanan menjadi lebih teruk untuk pasukan apabila Daniele Padelli, yang duduk di bangku simpanan, dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil. – AFP