Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ramuan mumia Mesir ditemui

    PARIS, 2 FEB – Penemuan puluhan bikar dan mangkuk dalam bengkel pemumiaan telah mendedahkan cara-cara Mesir mengawet mayat dengan sesetengah ramuan ‘mengejutkan’ diimport dari kawasan sejauh Asia Tenggara, menurut satu kajian hari ini.

    Koleksi tembikar khas, bertarikh sekitar 664-525 sebelum Masihi (SM), ditemui di dasar telaga sedalam 13 meter di Necropolis Saqqara di selatan Kaherah pada 2016.

    Dalam bikar, penyelidik menemui bahan cecair getah (resin) pokok dari Asia, minyak sedar dari Lubnan dan bahan mineral dikenali sebagai bitumen dari Laut Mati, sekali gus menunjukkan perdagangan global membantu mereka mendapatkan bahan terbaik dari seluruh dunia.

    Orang Mesir purba membangunkan proses yang sangat maju untuk mengawet mayat, dengan kepercayaan jika ia disimpan sempurna, ia akan kekal hingga ke alam selepasnya.

    Keseluruhan proses itu mengambil masa sehingga 70 hari yang membabitkan pengeringan badan mayat dengan garam natron dan pengeluaran semua organ dalaman termasuk otak, paru-paru, perut, usus dan hati.

    Seterusnya, pengawet dengan diiringi paderi membasuh mayat dan menggunakan pelbagai bahan untuk mengelakkannya daripada mereput.

    Kini, sekumpulan penyelidik dari universiti Tuebingen dan Munich di Jerman dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kebangsaan di Kaherah berjaya menemui beberapa jawapan selepas menganalisis sisa bahan dalam 31 bekas seramik yang ditemui melalui bengkel mumia Saqqara. – AFP

    Ilustrasi serahan Nikola Nevenov menunjukkan proses pengawetan di bilik bawah tanah di Saqqara, Mesir. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...