Rancang kewangan sehari-hari

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Untuk memberi pencerahan tentang pengurusan kewangan kepada wanita-wanita di negara ini khususnya yang berumur 40 tahun ke bawah, Persatuan MAWAR melalui Biro Pendidikan dan Biro Ekonomi, telah mengadakan sesi perkongsian bertajuk ‘Belanjawan 101: Meningkatkan Cara Pengurusan Bajet Kewangan Anda’.

Sesi perkongsian yang diadakan di CoveredByAnnisa, Tingkat 1, Citis Square itu mengetengahkan Dayang Najibah Eradah Abdullah yang mempunyai pengalaman dalam membuat pengurusan kewangan terutamanya budgeting untuk kegunaan sehari-hari bagi perancangan jangka waktu pendek dan
panjang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan MAWAR, sesi perkongsian berkenaan juga mengajar para peserta cara mengatur perbelanjaan dan memperluaskan strategic
budget.

Di samping memberi kesedaran dan mengongsikan ilmu yang diperlukan oleh para wanita dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari, ahli-ahli Persatuan MAWAR juga berpeluang mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat.

Gambar ramai para peserta pada sesi perkongsian berkenaan. – Gambar daripada Persatuan MAWAR