Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rancang tingkat umur persaraan

    HANOI, 16 Jan – Kementerian Buruh, Kurang Upaya dan Kesejahteraan Vietnam bercadang untuk menaikkan umur persaraan dari 60 tahun kepada 62 bagi lelaki dan dari 55 tahun kepada 60 bagi perempuan bermula tahun 2021.

    Peningkatan umur persaraan akan memastikan baki jangka masa, bayaran pekerja insurans sosial dan pencen persaraan, menurut kementerian hari ini, memetik pengiraan Organisasi Buruh Antarabangsa bahawa dana persaraan akan menghadapi masalah perbelanjaan berlebihan bermula tahun 2023 di Vietnam.

    Untuk memastikan operasi dana yang mapan tanpa meningkatkan umur persaraan, sama ada pekerja dan majikan perlu membayar insurans sosial yang lebih besar atau pekerja akan menerima bayaran persaraan yang lebih kecil.

    Bagaimanapun, peningkatan kadar bayaran bagi insurans sosial pekerja dan majikan akan menambahkan beban kepada mereka dan mengurangkan persaingan perniagaan, sementara pengurangan faedah persaraan akan menjejaskan kehidupan pesara secara negatif, menurut kementerian itu.

    Draf pindaan kepada Kod Buruh, termasuk cadangan untuk meningkatkan umur persaraan sedang dijadualkan untuk diserahkan kepada Perhimpunan Nasional Vietnam, badan perundangan tertinggi negara itu pada tahun 2019. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda