Rancang vaksinasi lebih teratur

Insiden kedatangan beramai-ramai ke Pusat Vaksinasi Stadium pada Jumaat lalu perlu dijadikan iktibar bagi pe-rancangan yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

Insiden sama pernah berlaku sebelum ini dan negara jiran juga pernah menyaksikan perkara sama apabila vaksinasi jumpa terus dilaksanakan.

Malahan, daripada insiden itu, ada yang positif COVID-19 apabila dijalankan ujian calitan dan dikira bernasib baik jika tidak banyak jangkitan daripada ketiga-tiganya berlaku.

Untuk minggu ini kelak, pengaturan lebih baik sepatutnya dibuat oleh pihak relevan agar insiden sama tidak berulang lagi. Banyak idea-idea dicurahkan di media sosial mahupun semasa penstriman langsung untuk langkah-langkah membaikinya. Antaranya ialah mendatangkan penterjemah, meminta bantuan kedutaan, membuka pusat vaksinasi lain untuk vaksinasi jumpa terus, membuka hanya satu laluan ke stadium dan banyak lagi.

Salah satu yang berkesan juga ialah membuka satu laluan sahaja ke stadium dan di persimpangan itu, pihak relevan terus menyediakan nombor dan apabila bilangan sudah mencapai yang dikehendaki, bolehlah menutup terus jalan tersebut dan diletakkan makluman di depannya dalam pelbagai bahasa.

Mungkin banyak lagi cara lain yang boleh digunakan, namun keramaian yang datang minggu lalu sepatutnya juga menjadi berita baik buat kempen vaksinasi negara kerana ia membolehkan negara mencapai imuniti kelompok secepat mungkin jika ramai yang cuba mendapatkan suntikan vaksinasi.

Sokong Imuniti Kelompok Daras