Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Rancangan Denny Sumargo dituduh bawa musibah

    Beberapa orang selebriti Indonesia meninggal dunia selepas menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh pelakon Denny Sumargo menerusi saluran YouTube miliknya.

    Perkara itu menjadi bualan peminat sehingga menganggap ada sesuatu yang tidak kena dengan rancangan tersebut.

    Menurut Denny ia adalah sekadar kebetulan dan tidak perlu diperbesarkan sehingga mengaitkan dengan perkara mistik.

    “Saya tidak fikir seseorang itu meninggal sebab saya mengundang dia menjadi tetamu.

    “Saya sudah jemput lebih 100 orang. Tidak patut semuanya akan meninggal sebab saya,” kata Denny.

    Selepas Vanessa Angle, Bibi Ardiansyah dan Laura Anna meninggal dunia, peminat dikejutkan pula dengan kematian pelakon dan pelawak Dorce Gamalama baru-baru ini.

    Kesemua mereka pernah menjadi tetamu rancangan Denny dan berkongsi cerita peribadi dalam dunia seni. – Agensi

    Beberapa  selebriti Indonesia meninggal dunia selepas menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh Denny Sumargo. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...