Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Randy Pangalila bakal muncul filem baharu

    Pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila akui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia seperti dahulu.

    Menurut Randy, dia ada berbincang dengan beberapa pihak di Malaysia namun banyak rancangan yang tertangguh, malah ada yang dibatalkan ekoran pandemik COVID.

    “Saya sangat rindu untuk kembali berlakon di Malaysia, ada banyak juga saya sudah bincangkan bersama pihak di Malaysia termasuk penghasilan siri Gantung 2 yang mahu dibuat di sana (Malaysia).

    “Tapi apakan daya, COVID terjadi dan perkara ini terjadi di luar dugaan kita semua, jadi banyak perkara yang tertangguh dan tidak jadi.

    “Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon dengan orang Malaysia kerana memang memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada saya,” katanya kepada media.

    Randy Pangalila akui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia seperti dahulu. – Agensi

    Randy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Filem Perjalanan Pertama di Epicentrum XXI, Kuningan Jakarta baru-baru ini.

    Mengulas tentang watak dalam filem berkenaan, Randy menganggap ia berkait rapat dengan perjalanan hidup dirinya sendiri.

    “Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai orang asing yang berjumpa dengan seorang wanita. Dalam karakter itu ada satu ‘punchline’ yang mengatakan bukan semua hubungan yang sudah kenal lama akan kekal, tidak semestinya juga yang baru saja kenal tidak akan kekal.

    “Saya setuju dengan hal itu kerana ia berlaku dalam hidup saya sendiri. Saya dan isteri saya pun tidak lama berkenalan dan ternyata kami ada jodoh dan terus bernikah, membina kehidupan bersama dan kini memiliki cahaya mata.

    “Jadi, disebabkan mesej itu ada kaitan dengan hidup saya, ia merupakan salah satu faktor saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini dan tentunya saya amat menyukai karya-karya pengarah Arief Malinmudo, semuanya bagus,” katanya lagi.

    Perjalanan Pertama merupakan kerjasama syarikat penerbitan Mahakarya Pictures dari Indonesia dan D’Ayu Pictures (Malaysia).

    Selain Randy Pangalila, Filem ini turut menampilkan pelakon berbakat lain seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan ramai lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...