Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Range Rover Sport lebih mewah, dinamik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Model HST edisi khas Range Rover Sport baharu kini boleh didapati di Brunei terutamanya bagi para peminat SUV mewah dinamik itu.

    Model HST menyerlahkan ciri-ciri dinamik dan gaya sporty Range Rover Sport asal melalui pelbagai pembaikan luaran dan dalaman.

    Edisi khas itu juga memperkenalkan enjin petrol serba baharu 400PS enam silinder 3 liter yang meningkatkan prestasi dan tindak balas selain lebih menjimatkan
    bahan api.

    Range Rover Sport HST dibangunkan berdasarkan gaya luaran dinamik Range Rover Sport, menekankan peningkatan pelbagai ciri-ciri luaran, termasuklah bumbung panoramik hitam, badan luar gentian karbon, pintu but HST dan angkup brek merah.

    Di bahagian dalam pula, Range Rover Sport HST lebih menumpu pada peralatan tambahan yang secara ketara meningkatkan tahap gaya, keselesaan, kemudahan serta keselamatan.

    Bahan yang digunakan dalam model edisi khas termasuk kerusi kulit dua warna Windsor, enjin dengan kemasan perapi aluminium dan stereng kain suede.

    Selain itu, untuk keselesaan dan fungsi yang lebih, Range Rover Sport HST memaparkan kerusi depan yang dapat dipanaskan dan disejukkan dalam 16 cara, cahaya dalam yang dapat diselaraskan dan sistem bunyi Meridian.

    Range Rover Sport dan Land Rover Defender baharu kini tersedia untuk tontonan di bilik pameran Indera Motors Sdn Bhd dalam tempoh masa terhad.

    Range Rover Sport edisi khas yang boleh disaksikan di bilik pameran Indera Motors dalam masa terhad.- Gambar serahan Indera Motors Sdn Bhd
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...