LISBON, 29 OGOS – Ahli paleontologi di Portugal telah menemui rangka fosil dinosaur terbesar yang pernah ditemui di Eropah. Rangka fosil itu dianggap sebagai sauropod, dinosaur herbivor berketinggian 12 meter tinggi dan 25 meter panjang yang menghuni bumi sekitar 150 juta tahun yang lalu.
“Ia adalah salah satu spesimen terbesar ditemui di Eropah, mungkin di dunia,” kata ahli paleontologi Elisabete Malafaia, dari Fakulti Sains di Universiti Lisbon, kepada AFP pada Isnin.
Tulang itu ditemui oleh saintis Portugis dan Sepanyol di taman sebuah rumah berhampiran pada awal Ogos. Mereka menemui sisa tulang rusuk kira-kira tiga meter, kata Malafaia. Serpihan fosil pertama kali dilihat pada 2017, apabila pemiliknya menggali tamannya untuk memberi laluan kepada projek sambungan kawasan rumanhnya.
Dia menghubungi ahli paleontologi, yang menemui sebahagian rangka dinosaur awal bulan ini dan telah membuat penelitian sejak penemuan itu. – AFP