Rangka dinosaur spesies baharu ditemui di Brazil

RIO DE JANEIRO, 19 NOV – Peninggalan spesies dinosaur dua kaki tanpa gigi yang hidup kira-kira 70 juta tahun lalu telah ditemui di Brazil, menurut penyelidik semalam, dan menyifatkan penemuan tersebut sebagai ‘amat luar biasa’.

Dinosaur kecil itu, yang berukuran kira-kira satu meter panjang dan 80 sentimeter tinggi, adalah spesies theropod, kumpulan dinosaur karnivor. Tapi lebih membingungkan, spesies baharu – yang panggil sebagai Berthasaura leopoldinae – mempunyai muncung seperti mulut tetapi tanpa gigi.

“Ia merupakan satu kejutan,” menurut ahli paleontologi yang membuat penemuan tersebut dalam kenyataan dikeluarkan oleh Muzium Kebangsaan Brazil.

Mereka menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Nature, menggelar penemuan tersebut sebagai salah satu penemuan dinosaur paling lengkap ditemui dari zaman Creataceous di Brazil.

“Dinosaur tiada gigi itu menimbulkan persoalan mengenai jenis pemakanan haiwan tersebut,” kata penyelidik, Geovane Alves Souza, salah seorang penuliskajian. – AFP