Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Rangka kerja ekonomi Indo-Pasifik bakal mudahkan perniagaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Negara Brunei Darussalam yang kini menjadi ahli ke-13 dalam menyertai Indo-Pasific Economic Framework yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat dan baharu dilancarkan di Jepun, baru-baru ini, merupakan salah satu usaha bersama mengemukakan pandangan terbaik khususnya dalam menangani pelbagai isu meliputi digitalisasi, rantaian bekalan, kemapanan dan sebagainya.

    Perkara itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media, hari ini.

    “Usaha berkenaan sememangnya bertujuan bagi memudahkan perjalanan perniagaan dalam lingkungan negara-negara yang terlibat.

    “Setakat ini, dalam beberapa minggu ke hadapan, perkara-perkara ini akan dibincangkan lebih mendalam, lebih-lebih lagi, kita kini sudah menjadi rakan dalam Regional Comprehensive Economy dan pada masa ini Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengongsikan sebarang ketetapan kepada golongan pengusaha atau peniaga,” tambahnya.

    Kongsi Yang Berhormat Dato, dengan segala perancangan yang dimeterai menerusi Indo-Pasific Economic Framework itu nanti maka ia juga akan dikongsikan kepada masyarakat di negara ini khususnya golongan pengusaha atau peniaga demi sama-sama meningkatkan perjalanan perusahaan atau perniagaan dalam negara ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...