Rangka mangsa letusan gunung berapi ditemui

POMPEII, ITALI, 22 NOV – Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di sebuah vila besar di pinggir bandar ini, menurut pegawai laman web arkeologi, semalam.

“Dua rangka individu yang terperangkap dalam letusan telah dijumpai,” kata pegawai itu yang berada di tapak berkenaan berhampiran Naples, dalam satu kenyataan.

Penyelidik percaya, berdasarkan keadaan rangka mangsa berkenaan, ia dipercayai adalah seorang budak dan lelaki tua kaya, berusia sekitar 40an yang mungkin pemilik vila, berdasarkan sisa pakaian dan penampilan fizikal mereka.

Kota Pompeii hancur akibat lumpur panas dan lahar selepas letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 Masihi.

Ia kini menjadi tempat tarikan pelancongan kedua yang paling banyak dikunjungi di Itali selepas Colosseum Rom, dengan hampir empat juta kunjungan tahun lalu.

Tapak besar seluas 44 hektar itu adalah sebahagian sisa daripada salah satu bandar terkaya dalam empayar Rom.

Kedua-dua rangka itu dijumpai di ruang sisi ‘cryptoporticus’ di koridor di bahagian bawah vila, kemungkinan mereka ketika itu sedang melarikan diri untuk mencari perlindungan. – AFP

Acuan yang dipercayai terdiri daripada lelaki kaya dan hamba budak yang melarikan diri dari letusan gunung berapi Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu, dilihat di sebuah vila elegan di bandar lama Pompeii, di mana mereka ditemui semasa penggalian baru-baru ini. – AP