Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Rangka pendaki hilang ditemui di Switzerland

    GENEVA, SWITZERLAND, 1 SEPT – Satu rangka manusia yang dikenal pasti milik seorang pendaki gunung yang hilang sejak lebih 50 tahun lalu ditemukan ketika salji dan ais mencair di glasier Switzerland.

    Identiti rangka lelaki warga Britain itu telah dikenal pasti, kata polis daerah Valais kelmarin.

    Dua pendaki gunung menjumpai rangka manusia itu pada 3 Ogos di glasier Chessjen berhampiran Saas Fee. Pakar forensik telah menjalankan penyelidikan di hospital Valais, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Analisis DNA mengesahkan rangka itu milik lelaki yang dilaporkan hilang pada Julai 1971.

    Menurut polis daerah, pihaknya menyimpan senarai nama semua pendaki gunung yang dilaporkan hilang sejak 1925.

    “Glasier yang semakin mencair mungkin akan mendedahkan kepada penemuan lebih banyak pendaki gunung yang dilaporkan hilang sejak beberapa dekad lalu,” kata polis. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...