Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rangka tindakan jadikan Sarawak kuasa besar perusahaan sosial

    KUCHING, 17 NOV – Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) melancarkan SE*Hebat Sarawak Blueprint untuk membangunkan potensi negeri ini menjadi kuasa besar perusahaan sosial (SE) di negara ini.

    SDEC dalam kenyataan hari ini memaklumkan matlamat utama rangka tindakan itu adalah untuk membangunkan lebih banyak ekosistem berpaksikan komuniti dan perniagaan yang memberi impak di negeri ini.

    “Rangka tindakan ini menggariskan empat teras strategi untuk mewujudkan ekosistem matang yang menyokong keusahawanan sosial merangkumi empat dimensi yang meliputi dasar dan peraturan; penyelesaian pembiayaan; infrastruktur dan modal insan; serta pengetahuan dan rangkaian maklumat.

    “Rangka tindakan ini juga disesuaikan khusus untuk memenuhi keperluan rakyat Sarawak, seterusnya menyokong kepelbagaian budaya di negeri ini dan mencari penyelesaian untuk menguruskan isu tempatan,” menurut kenyataan itu.

    SDEC menjelaskan SE*Hebat Sarawak Blueprint turut memberikan pandangan kepada organisasi yang memulakan pembangunan SE di Sarawak untuk memastikan mereka akan diberi kelengkapan terbaik dan boleh mengoptimumkan program dan inisiatif mereka.

    Pada masa ini, SDEC memaklumkan Sarawak menyumbang tujuh peratus perusahaan sosial di Malaysia dan lebih banyak perniagaan tradisional didapati cenderung ke arah memberi impak dan bukannya berorientasikan keuntungan semata-mata. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...