Rangka warga emas ditemui dalam rumah

BEAUFORT, 17 APRIL Rangka manusia dipercayai mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di sebuah rumah di Kampung Padas Valley, di sini pada pukul 4:30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Razak berkata mangsa dikenali sebagai Phong Yet Ming, 75, dipercayai mengalami masalah mental, tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak 30 tahun lalu.

Menurut beliau, mayat mangsa ditemui oleh abangnya yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan, ketika mahu menghantar makanan kepada adiknya itu.

“Walaupun jarak rumah berhampiran namun rumah mangsa tidak kelihatan kerana diliputi hutan dan pokok-pokok tinggi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – Bernama