Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rangnick lega Man United dapat tempat Liga Europa

    LONDON, 23 MEI – Ralf Rangnick mengakui beliau lega Manchester United layak ke Liga Europa musim hadapan walaupun dengan keputusan kalah tipis 1-0 menentang Crystal Palace kelmarin.

    Rangnick menamatkan perkhidmatannya sebagai pengurus sementara United dengan memperoleh tempat keenam dalam Liga Perdana.

    United gagal mempamerkan aksi yang cemerlang selepas bekas penyerang mereka, Wilfried Zaha, menjaringkan gol.

    United akan cuba mengelak daripada rasa malu bermain dalam Liga Persidangan Europa musim hadapan dan Rangnick akan mengundur diri sebagai konsultan di Old Trafford untuk menjadi jurulatih Austria.

    Beliau juga memberi amaran dan peringatan kepada penggantinya untuk meningkatkan semula semangat pasukan United pada musim yang seterusnya. – AFP

    Rangnick akan digantikan oleh pengurus Belanda, Erik ten Hag pada musim baharu nanti. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...